Login  |  Friday, March 12, 2010  

 Sejarah
Minimize
Sejarah Penubuhan Klasik Nasional

 

Sejarah Penubuhan Klasik Nasional 

 

 

KLASIK NASIONAL merupakan gabungan dua stesen yang sedia ada di RTM iaitu NASIONALfm dan KLASIKfm ( Dulunya dikenali RIMA ). Stesen ini lebih ‘niche’ kepada siaran lagu-lagu berirama Melayu. Lagu-lagu yang dipilih adalah lagu-lagu rakaman piring hitam/CD tahun 1950an hingga kini daripada pelbagai rentak kecuali rock dan hip hop.

 Sementara itu, program-program yang sedia ada di NASIONALfm, termasuk berita, diperkukuhkan lagi demi menyampaikan maklumat yang lebih berkesan kepada para pendengar. Informasi yang lebih santai dan ceria akan juga diselangselikan dengan lagu-lagu berirama Malaysia yang secara tidak langsung akan menghibur dan memberi informasi yang lebih menarik.

Tujuan utama KLASIK NASIONAL diwujudkan ialah untuk memperluaskan liputan siaran KLASIKfm ke peringkat seluruh negara dan bukan di Lembah Klang sahaja. Juga untuk menambah masa siaran lagu-lagu berirama Melayu sepenuhnya daripada 16jam ke 24jam melalui saluran sedia ada di NASIONALfm.

 KLASIK NASIONAL juga diwujudkan untuk menerap nilai-nilai cintakan irama Melayu yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan serta mengekalkan keunggulan irama Melayu yang merupakan nadi dan jantung bangsa Melayu.

 “Segalanya Di sini, Menggamit Memori” adalah gabungan ‘tagline’ yang sedia ada sekarang di antara kedua-dua stesen yang membawa maksud semuanya ada di stesen KLASIK NASIONAL, termasuk hiburan, sukan, drama, hal ehwal semasa, pembangunan dan pertanian, agama, berita dan siaran langsung di samping lagu-lagu kontemporari Melayu pelbagai rentak dan klasik yang tetap akan menjadi ingatan, nostalgia yang menggamit memori.